Imej & Ketrampilan Diri : REMAJA HEBAT

PROGRAM PEMBANGUNAN PERSONALITI & MOTIVASI DIRI :
IMEJ DAN KETRAMPILAN DIRI REMAJA HEBAT

PENGENALAN


  • Bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memiliki imej, personaliti dan ketrampilan diri yang berkualiti dan cemerlang dalam usaha menjadi seorang individu yang baik dari segi sahsiah diri terutama sekali kepada para pelajar. 
  • Di dalam bengkel ini juga akan diberi penekanan terhadap kepentingan adab dan etika dalam meningkatkan kemahiran sosial dikalangan pelajar. 
  • Memiliki imej dan ketrampilan diri yang hebat, menarik, bersopan dan berbudi pekerta serta anggun akan pasti mampu membantu memudah serta melicinkan urusan seharian seseorang itu terutama ketika berhadapan dan berurusan dengan orang lain.  
  • Ini adalah kerana mereka mampu memberi keyakinan kepada pihak lain ketika menjalani kehidupan seharian.

OBJEKTIF PROGRAM


  • Di akhir bengkel ini, peserta akan: 
  1. Meningkatkan pengetahuan tentang definisi imej, personaliti dan ketrampilan diri yang hebat dan cemerlang. 
  2. Menambah pengetahuan tentang elemen- elemen penting yang perlu diambil berat untuk membentuk imej dan personaliti yang menawan dan hebat. 
  3. Diberi pendedahan tentang teknik-teknik perbualan sosial dan komunikasi berkesan. 
  4. Menambah pengetahuan mengenai kesesuaian berpakaian dan penampilan diri supaya sentiasa kelihatan berkeyakinan dan menarik.
  5. Diberi pendedahan tentang etika makan dan adab di sesebuah majlis. 
  6. Mempelajari kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan & penjagaan kulit wajah. 
  7. Mempelajari teknik mendapatkan postur badan yang tepat semasa berdiri, duduk & berjalan. 
  8. Menambah pengetahuan tentang teknik-teknik mencetuskan first impression yang hebat. 
  9. Meningkatkan pengetahuan mengenai kuasa senyuman, pandangan mata & kecantikan dalaman.
  10. Memberi kesedaran tentang kepentingan membangunkan imej diri.

KANDUNGAN PROGRAM


  • Definisi: 
  1. Imej 
  2. Personaliti 
  3. Ketrampilan diri
  • 5 Elemen Penting dalam Membentuk Imej dan Personaliti Menawan dan Hebat: 
  1. Perbualan Sosial 
  2. Teknik Berjabat Tangan 
  3. Pemakaian
  4. Penampilan dan Penjagaan Diri 
  5. Etika Makan 
  6. Habit

KANDUNGAN PROGRAM


  • Imej dan Penampilan Muslimah
  • Teknik Penjagaan Kulit Wajah
  • Kesesuaian Penampilan dan Pakaian (Lelaki dan Wanita) Kesesuaian Penampilan dan Pakaian
  • Teknik Mendapatkan Postur yang Betul (Berdiri, Duduk dan Berjalan) Teknik Mencetuskan First Impression yang hebat
  • Kuasa Senyuman, Pandangan Mata dan Kecantikan Dalaman Kepentingan Membangunkan Imej Diri

KUMPULAN SASARAN


Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah atau individu yang berumur dari 12 hingga 18 tahun yang mempunyai keinginan untuk menjadi pelajar yang berjaya mempunya sahsiah diri yang bagus.


MAKLUMAT PROFESIONAL

  • Tempoh Program: Setengah hari atau 1 hari
  • Laman Web:  www.teambuilding-malaysia.com 
  • Telefon:  012-9072519 
  • Emel:  pstyusfahzilla@gmail.com

No comments:

Post a Comment