Wow! Indoor Teambuilding : KAMI BUDDIES!!!!
PENGENALAN
- Adalah amat penting untuk mempunyai hubungan baik di antara rakan dalam pasukan atau dengan orang di sekeliling. Ukhwah mesra yang terjalin kebiasaannya akan membantu melicinkan pelbagai urusan seharian kita. Oleh yang demikian adalah amat penting untuk setiap individu dalam kelompok tersebut menjadi seseorang yang mampu berinteraksi dan bergaul dengan baik serta saling hormat.
- Modul ini dibentuk adalah untuk membantu peserta mempelajari ilmu dan kemahiran sosial yang menarik dan terkini. Di samping dapat menjalinkan ukhwah dikalangan ahli pasukan atau kenalan baru melalui pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan kreatif secara keseluruhannya yang akhirnya memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka tentang kepentingan bekerja dan mempunyai hubungan baik di dalam sesebuah kelompok atau kumpulan dan mengetahui elemen-elemen penting dalam memastikan fungsi dan peranan kumpulan sentiasa cemerlang untuk manfaat bersama.
- Modul ini amat sesuai dihadiri oleh mana-mana individu daripada pelbagai latar belakang yang sentiasa mempunyai keinginan untuk menjadi seseorang yang disukai dan mudah didekati oleh orang di sekeliling.
- Kandungan modul dibina berdasarkan lima elemen penting dalam memastikan sebuah kumpulan atau pasukan yang hebat dapat dibentuk iaitu merangkumi aspek sikap dan personaliti individu dalam kumpulan, komunikasi, kepercayaan, kerjasama dan kepimpinan.
OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengenali personaliti diri sendiri dan orang lain dalam membantu menjalinkan hubungan baik antara satu dengan yang lain.
- Mempersiapkan peserta dengan sikap-sikap yang menyenangkan agar mudah didekati oleh orang lain dan mampu menjadi aset dalam sesebuah kumpulan.
- Menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan tentang kepentingan komunikasi yang efektif dalam kumpulan atau dalam perhubungan dengan orang disekeliling
- Memberikan kesedaran tentang kesan positif yang akan terhasil kesan daripada kerjasama yang baik di antara setiap ahli dalam kumpulan.
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta tentang kepentingan dan impak mempunyai sikap mempercayai antara satu dengan yang lain dalam membentuk hubungan baik dengan orang lain.
- Mendedahkan kemahiran-kemahiran menjadi pemimpin yang cemerlang dan meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan mempunyai pemimpin yang baik dan efisyen dalam mencapai objektif dan matlamat.
KUMPULAN SASARAN
- Individu-individu dari pelbagai latarbelakang berusia daripada 13 hingga dewasa yang sentiasa mempunyai kehendak dan kesungguhan untuk berubah serta menjadi lebih baik dan ingin mempunyai hubungan baik dengan insan- insan disekeliling.
METODOLOGI
- AKTIVITI MENARIK
- PERMAINAN MINDA
- PERSEMBAHAN INDIVIDU
- PERSEMBAHAN KUMPULAN
- ROLE PLAYING
- DRAMA ACTING
- REFLEKSI
- SOAL JAWAB
MAKLUMAT PROFESIONAL
- Tempoh Program: 1 hari atau 2 hari
- Laman Web: www.teambuilding-malaysia.com
- Telefon: 012-9072519
- Emel: pstyusfahzilla@gmail.com
No comments:
Post a Comment