PENGENALAN
- Adalah amat penting untuk memiliki sikap yang positif, optimis, berkeyakinan dan menyenangkan kerana ianya sudah tentu dapat membantu melicinkan pelbagai urusan seharian kita. Oleh yang demikian adalah amat penting untuk setiap individu dalam kelompok tersebut menjadi seseorang yang mampu berinteraksi dan bergaul dengan baik dengan orang disekeliling.
- Modul ini dibentuk adalah untuk membantu peserta mempelajari ilmu dan kemahiran meningkatkan dan membangunkan personality dan motivasi diri supaya dapat menambah nilai dalam kehidupan mereka. Di samping dapat menjalinkan ukhwah dikalangan ahli pasukan atau kenalan baru melalui pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan kreatif secara keseluruhannya yang akhirnya memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka tentang kepentingan bekerja dan mempunyai hubungan baik di dalam sesebuah kelompok atau kumpulan dan mengetahui elemen-elemen penting dalam memastikan fungsi dan peranan kumpulan sentiasa cemerlang untuk manfaat bersama.
- Modul ini amat sesuai dihadiri oleh mana- mana individu daripada pelbagai latar belakang yang sentiasa mempunyai keinginan untuk menjadi seseorang yang berpersonaliti yang baik dan menarik serta mampu membuatkan orang disekeliling selesa dan mempunyai hubungan baik dan membentuk sikap disukai dan mudah didekati.
- Kandungan modul dibina berdasarkan empat elemen penting dalam memastikan sebuah kumpulan atau pasukan yang hebat dapat dibentuk iaitu merangkumi aspek mengenali diri sendiri, mengenalpasti potensi diri, meningkatkan motivasi diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengenali personaliti diri sendiri dan orang lain dalam membantu menjalinkan hubungan baik antara satu dengan yang lain.
- Mempersiapkan peserta dengan sikap-sikap yang menyenangkan agar mudah didekati oleh orang lain.
- Menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan tentang kepentingan komunikasi yang efektif dalam kumpulan atau dalam perhubungan dengan orang disekeliling.
KUMPULAN SASARAN
- Individu-individu dari pelbagai latarbelakang berusia daripada 13 hingga dewasa yang sentiasa mempunyai kehendak dan kesungguhan untuk berubah serta menjadi lebih baik dan ingin mempunyai hubungan baik dengan insan- insan disekeliling.
METODOLOGI
- AKTIVITI MENARIK
- PERMAINAN MINDA
- PERSEMBAHAN INDIVIDU
- PERSEMBAHAN KUMPULAN
- ROLE PLAYING
- DRAMA ACTING
- REFLEKSI
- SOAL JAWAB
MAKLUMAT PROFESIONAL
- Tempoh Program: 1 hari atau 2 hari
- Laman Web: www.teambuilding-malaysia.com
- Telefon: 012-9072519
- Emel: pstyusfahzilla@gmail.com
No comments:
Post a Comment